Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Thailand: Saya sahut seruan ini -- Ahmad Zaffry dilantik pengurus kem sepak takraw negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm.jpg
Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Ahmad Zaffry Sulaiman, menyifatkan pelantikannya selaku pengurus skuad sepak takraw lelaki negara di Sukan SEA Thailand sebagai satu penghormatan buat dirinya dan juga PSS.

Dia percaya dengan komitmen tinggi pihak pengurusan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), barisan kejurulatihan serta pemain, tidak mustahil dengan sasaran dua pingat emas menerusi acara regu dan quadran mampu direalisasikan.

Ahmad Zaffry yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat PSM turut berharap penglibatan sulungnya bersama skuad negara di temasya dwi-tahunan itu mampu menjadi nilai tambah terbaik sekali gus mencipta langkah kanan dalam kariernya selaku pengurus pasukan.

"Saya anggap ini satu penghormatan daripada PSM, meskipun saya orang baru tetapi saya sahut seruan presiden PSM untuk bawa pulang pingat.

"Dua pingat emas ini mampi dibawa pulang, itu azam pasukan. Kita ingin tunjukkan kepada negara yang kami mampu bawa pulang pingat dalam temasya tahun ini.

"Saya dalam proses pembelajaran tetapi akan lakukan yang terbaik. Ada waktu sebulan lagi, saya akan cuba fahami segala syarat teknikal daripada Sukan SEA." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video