Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Sasaran tanpa warna pingat supaya atlit tidak tertekan!

fariha-sea-games.jpg
Untuk edisi Sukan SEA Thailand kali ini, Malaysia memilih pendekatan yang agak berbeza berbanding edisi edisi yang lalu iaitu sasaran keseluruhan adalah tanpa mengikut warna pingat. Bagi sesetengah pihak, keputusan ini mungkin akan mendatangkan berbagai persoalan. Tetapi jika kita lihat dari sudut yang lebih dekat dan realistik, sebenarnya ada banyak perkara positif dari pendekatan ini.

Malaysia sekarang berada dalam fasa pembinaan semula atau penstrukturan melibatkan banyak sukan dengan majoriti penglibatan adalah terdiri daripada atlet muda. Jurang yang ditinggalkan atlit berpengalaman dalam sukan sukan tertenu sebenarnya masih jauh. Disebabkan itu, sasaran tanpa menetapkan warna pingat boleh jadi sesuatu yang lebih sihat lebih lebih lagi buat debutan yang boleh meletakkan fokus pada perkembangan, pengalaman dan keyakinan mereka, bukan tekanan angka.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, tekanan itu memang ada baiknya tetapi buat atlit muda yang baru ingin merasakan pengalaman beraksi di pentas lebih besar, ianya mungkin boleh menyebabkan gugup yang berlebihan kerana terlalu ingin kejarkan warna pingat sehinggakan semuant keciciran. Kita mahu elakkan dari perkara seperti ini berlaku.

Ini bukan bermaksud Malaysia tidak berani meletakkan standard atau memilih cara selamat tetapi sasaran tanpa warna pingat memberi ruang kepada atlet untuk bernafas, mencuba, belajar dan pergi ke hari perlawanan dengan hati yang lebih tenang. Sudah pasti kita tetap mahu pulang dengan keputusan membanggakan tetapi pendekatan ini mencerminkan kepercayaan kepada proses bahawa kejayaan tidak datang hanya dengan menekan atlet, tetapi dengan menyediakan sokongan, persekitaran dan peluang yang betul.

Kesimpulannya, apa pun sasaran yang ditetapkan, yang paling penting adalah semangat kontinjen negara dalam menyahut cabaran itu sendiri. Jika atlet pergi dengan keyakinan dan dalam keadaan sedia, keputusan yang baik itu akan datang dengan sendirinya dan mungkin, tanpa tekanan warna pingat, kita akan lihat lebih banyak kejutan manis daripada yang dijangka.
 

Advertisement

Must Watch Video