Muhd Abdul Qayyum Ariffin sekali lagi menjadi antara sandaran utama dalam misi menggalas pingat emas kem tinju negara menjelang Sukan SEA Thailand, Disember ini.
Dengan pencapaian dan prestasi yang kini berada di tahap cemerlang, Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Iruan Zulkefli, tidak teragak-agak meluahkan keyakinannya terhadap kemampuan kem negara untuk mencipta kejayaan manis di bumi Bangkok.
"Dia memiliki pengalaman dan sudah bermain dalam tiga edisi kejohanan dwitahunan itu.
"Selain itu, ia akan dibantu oleh beberapa atlet lain," katanya.
Bagi Qayyum sendiri, misinya jelas iaitu mengubah warna kilauan pingat yang diraih pada edisi lalu di Kemboja 2023 iaitu gangsa kategori 51 kilogram (kg), kepada emas dalam kategori sama.
"Penyertaan ketiga ini diharap lebih baik berbanding sebelumnya," katanya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang