Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Laksamana (B) Tan Sri Datuk Setia Mohd Anwar Mohd Nor, menyifatkan Mirabel Ting dan Jeneath Wong, bakal menjadi sandaran utama negara dalam Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini.
Kenyataan itu disokong dengan status Mirabel Ting sebagai pemain amatur wanita kedua dunia sementara Jeneath Wong muncul atlet pertama Malaysia yang menjuarai Kejohanan Golf Amatur Asia Pasifik.
Mereka secara tidak langsung menggalas harapan untuk meneruskan kecemerlangan kem negara dalam temasya dwitahunan itu.
"Kami memerlukan tiga peserta tetapi kehadiran Mirabel Ting dan Jeneath Wong mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk menang," katanya di Nadi Arena.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kemungkinan masalah pelepasan atlet daripada universiti mereka di Amerika Syarikat.
Anwar menganggap ia bukan perkara yang perlu dirisaukan kerana tidak mengganggu jadual atlet.
"Mereka akan bercuti di penghujung tahun ini dan mereka akan balik ke negara masing-masing," katanya.