Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Persiapan skuad renang di landasan tepat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eric-anderson-renang.jpg
Menjelang 91 hari sebelum Sukan SEA Thailand, tugas penting perlu dilalui skuad renang negara terlebih dahulu iaitu Kejohanan Akuatik Asia di Ahmedabad, India, akhir bulan ini. 

Ketua jurulatih negara, Eric Anderson, menganggap Kejohanan Akuatik Asia sebagai salah satu persiapan terakhir sebelum ke Thailand dan meletakkan temasya dwitahunan itu sebagai kejohanan yang lebih penting tahun ini.

"Segalanya tertumpu ke Sukan SEA. 

"Penyertaan dalam Piala Dunia, peringkat remaja adalah demi (memberi ruang kepada) mereka untuk mengutip pengalaman termasuk berlumba di bawah tekanan ketika temasya di Bangkok kelak," katanya. 

Pasukan kebangsaan turut merancang mengadakan kem latihan pusat selama 12 hari di luar negara.

Sasaran utama kem negara adalah untuk memperbaiki rekod masa setiap atlet sebelum kembali ke Thailand untuk menggegar Sukan SEA Thailand.

"Kami akan mengadakan kem latihan di Phuket yang bermula esok sebelum menyertai Kejohanan Akuatik Asia.

"Kemudian kani kembali ke tanah air dan mengadakan persediaan yang produktif, dua bulan sebelum berenang deras dalam Sukan SEA," katanya lagi. 
Swimming

Berenang Dengan Penuh Keyakinan

Reka bentuk yang selesa & tahan lama untuk prestasi dalam air yang konsisten.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video