Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Norliyana dipersiapkan cabar emas

malik-tobias.jpg
Penyertaan kontinjen negara dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand bukan sekadar ruang pendedahan inklusif buat atlet di peringkat antarabangsa tetapi menjadi platform penanda aras tahap persediaan mereka menjelang Sukan SEA hujung tahun ini.

Jurulatih kem olahraga negara, Muhammad Malik Ahmad Tobias, mengakui prestasi anak buahnya dilihat di atas landasan tepat. 

Tambahnya, pemantauan rapi terarah lebih kepada jaguh lompat tinggi wanita negara, Norliyana Kamaruddin, selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut serta buku lali bagi memastikan misi memburu pingat emas dalam temasya dwitahunan itu mampu dicapai.

"Ini kejohanan ketiga disertainya (sejak pulih daripada kecederaan).

"Dalam Terbuka Filipina dia melakukan lompatan setinggi 1.75cm sementara Terbuka Perak, 1.73cm, jadi kali ini saya kekalkan tahap 1.75cm. 

"Dengan umurnya, saya perlu hadkan penyertaan kejohanannya dan saya harap prestasinya kekal hingga Sukan SEA," katanya. 

Sewaktu Kejohanan Terbuka Thailand, Norliyana merangkul pingat emas lompat tinggi hasil lompatan 1.75 meter demi mengatasi catatan 1.73 meter milik atlet Singapura yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023, Michelle Sng.
 

Advertisement

Must Watch Video