Sekembalinya Manshahar Abdul Jalil sebagai ketua jurulatih olahraga kebangsaan secara rasmi membawa maksud satu beban tanggungjawab besar bakal dipikul untuk memastikan kegemilangan menjadi milik kem olahraga negara di temasya Sukan SEA Thailand pada Disember depan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, mengesahkan pelantikan Manshahar diberikan keutamaan untuk tumpuan sepenuhnya kepada Program Persiapan Khusus Sukan SEA, termasuk perancangan 13 kejohanan luar negara yang akan dijadikan pentas ujian bagi barisan atlet negara nanti.
"Kami letakkan tanggungjawan itu kepada ketua jurulatih yang baru dilantik iaitu Manshahar untuk menguruskan semua perancangan termasuk 13 kejohanan nanti.
"Mereka sudah mulakan latihan di tempat masing-masing, dan akan jalani latihan pusar mengikut rancangan jurulatih," katanya.
Dalam pada itu, Jefri turut mengesahkan bekas jurulatih pecut negara, Mohd Poad Mohd Kassim, tekad untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada komitmennya di Kedah, namun persetujuan secara dasar telah diputuskan untuk terus membantu atlet kebangsaan secara sambilan.
"Saya rasa isu Poad ini tidak timbul sama ada mahu dating ataupun tidak, beliau sudah beri persetujuan untuk membantu kem negara. Pada hujung minggu ataupun hadir ke kem latihan yang sudah dirancang oleh pihak KOM." tambahnya.