Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Malaysia berpotensi hilang tiga emas menerusi berbasikal trek?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(15).jpg
Peluang Malaysia raih tiga pingat emas sukan berbasikal trek pada Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember seakan samar-samar selepas kurang mendapat sokongan negara peserta.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, memaklumkan antara acara terkesan ialah Keirin Lelaki, Pecut Berpasukan Lelaki dan Kejar mengejar berpasukan Lelaki.

Sebaliknya, pihak penganjur memaklumkan acara itu bakal digantikan dengan tiga acara Endurance iaitu Scratch Lelaki serta Omnium Lelaki dan Wanita.

"Saya telah diberitahu pada Jun, akan ada mesyuarat bersama Persekutuan Sukan SEA, di mana topik ini akan menjadi agenda utama.

"Akan ada kemungkinan perubahan acara dibuat, kita bakal kehilangan acara pecut dan digantikan dengan acara Endurance. 

"Kami dalam dilema, kalau boleh kita ingin acara Keirin terus dipertandingkan kerana itu adalah lubuk emas," kata Datuk Amarjit.

Amarjit juga tekankan dirinya tidak berpuas hati dengan khabar ini kerana ia akan melibatkan kontinjen Malaysia kehilangan beberapa pingat emas.

Namun segala keputusan belum lagi dibuat dan Malaysia hanya perlu tunggu apa yang terjadi dalam masa terdekat ini.

Advertisement

Must Watch Video