Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Thailand: Kem sepak takraw negara tak pandang ringan cabaran peringkat kumpulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sepak.jpg
Skuad sepak takraw lelaki negara memiliki peluang cerah untuk sekurang-kurangnya menempah slot ke pusingan kalah mati dalam tiga acara utama -kuadran, regu dan regu berpasukan- di Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.

Menurut penolong jurulatih, Zulkarnain Arif, berkongsikan keputusan undian kumpulan meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa apabila negara yang dianggap sebagai pencabar utama berada dalam kumpulan lain.

Namun, sasaran dua emas menerusi acara regu serta kuadran yang ditetapkan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia tidak berubah.






"Kita tidak pandang ringan dalam cabaran peringkat kumpulan, selepas undian awal maka kami boleh lakukan analisis dengan pasukan yang kita pernah berdepan juga sebelum ini.

"Kami juga mengutamakan kelebihan untuk lebih mantap, kami masih lagi dengan sasaran. Pemain juga sedang berusaha keras untuk melakar kemenangan luar biasa." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video