OLAHRAGA
Sukan SEA Thailand: Kem olahraga optimis buruan emas
Irfan Shamsuddin dan Shereen Samson Vallabouy dicanang sebagai pilihan dalam memastikan dakapan pingat emas dalam Sukan SEA Thailand, Disember depan.
Dan orang yang diberi tanggungjawab untuk memastikan sasaran ini adalah ketua jurulatih olahraga, Manshahar Abdul Jalil, yang optimis misi getir memastikan kilauan pingat dapat direalisasikan walaupun hanya memiliki beberapa bulan sahaja sebelum cabaran sebenar.
"Saya mempunyai misi dan visi dalam olahraga Malaysia, khususnya dalam Sukan SEA Thailand.
Iklan
"Sudah pasti barisan jurulatih yang ada mempunyai kekuatan sebagai sebuah pasukan yang mempunyai hala tuju yang sama," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Manshahar juga menegaskan bahawa dia akan memantau komitmen dan corak latihan jurulatih-jurulatih bagi memastikan kejayaan diraih dalam temasya dwitahunan tersebut.
Selain itu, tiada keperluan mendesak pada ketika ini untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Robert Ballard sebagai pengarah teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
"Sudah pasti beberapa atlet disasarkan untuk pingat emas, antaranya Irfan Shamsuddin dalam lempar cakera lelaki, Shereen Samson Vallabouy menerusi 400m wanita dan tidak ketinggalan Umar Osman (400m) yang masih berupaya menyumbangkan emas selepas temasya di Kemboja.
"Selain daripada itu, ada beberapa lagi atlet akan menyumbangkan emas untuk negara," katanya.
Must-Watch Video