Bintang tenis muda negara, Sharifah Elsa Wan Abdul Rahman, yang menyerlah dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 mempunyai harapan tinggi menjelang Sukan SEA Thailand.
Dia yang bakal membuat debut dalam kejohanan dwitahunan itu membawa misi tersendiri iaitu meraih pingat untuk kategori wanita yang gagal dilakukan pada edisi lalu 2023.
Meskipun sukar, namun ia tidak mustahil walaupun saingan dalam kategori wanita melibatkan pemain yang mempunyai pengalaman di peringkat grand slam.
"Saya mensasarkan sebarang kilauan pingat, tetapi sudah pasti mahu mendapatkan emas.
"Kami akan buat yang terbaik dalam kategori berpasukan dan individu.
"Komunikasi dan bekerjasama antara perkara penting untuk merealisasikan impian ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang