Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Dua atlet jarak sederhana tagih platform lebih tinggi bina momentum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

savinder-kaur-joginder-singh.jpg
Jurulatih kem olahraga negara, Muhammad Malik Ahmad Tobias, melabel dua jaguh olahraga jarak sederhana negara iaitu Savinder Kaur Joginder Singh dan Shawn Roshan Singh berpotensi bersaing dalam Sukan SEA Thailand.

Terdahulu, Savinder Kaur meraih pingat perak acara 800 meter dan gangsa acara 1500 meter wanita, manakala Shawn pula merangkul gangsa menerusi acara 1500 meter lelaki menerusi catatan peribadi 3:57.25 saat. 

Biarpun berpuas hati dengan pencapaian semasa, namun kedua-dua atlet itu tetap berhasrat dihantar untuk menyertai beberapa siri kejohanan lagi bagi memastikan mereka layak ke Sukan SEA hujung tahun ini. 

"Saya terpaksa mengambil masa agak lama untuk membina semula keyakinan jadi saya gembira ia pulih. 





"Ini kejohanan kedua yang disertai saya pada tahun ini dan saya memerlukan banyak lagi kejohanan untuk mengatasi pencabar seperti dari Filipina dan Vietnam," kata Savinder Kaur.

Tambah Shawn: "Memang sukar untuk layak ke Sukan SEA tahun, apatah lagi peserta negara lagi telah merakamkan catatan bagus sekitar 3:50.00 saat. 

"Saya perlu berusaha lebih keras lagi sambil berharap dihantar menyertai kejohanan yang lebih besar." 

Advertisement

Must Watch Video