"Kami mampu ke final."
Laungan meyakinkan itu hadir daripada atlet tenis negara, Mitsuki Leong, yang menyumbangkan dua pingat gangsa dalam Sukan SEA 2023 dalam kategori berpasukan dan beregu lelaki.
Mitsuki menyifatkan persembahan ditonjolkan dalam edisi di Kemboja itu adalah sangat baik, hanya perlawanan dalam suku akhir mereka menampilkan aksi kurang memberangsangkan, sekali gus merencatkan hasrat mereka gagal ke final.
Bagaimanapun, Mitsuki yakin dengan persiapan lebih rapi mampu menaik taraf rekod edisi lalu dengan kemaraan ke final di Thailand pada Disember depan.
"Saya akan menyertai kejohanan di luar negara dalam tempoh sebulan.
"Selepas itu saya akan menjalani persiapan di tanah air.
"Prestasi saya dalam beregu -- agak mengejutkan -- saya dapat beraksi dengan baik tetapi acara perseorangan sepatutnya saya mampu beraksi lebih baik.
"Saya rasa tidak mustahil ke final malah dalam edisi lalu, kami berpeluang memenangi perak tetapi kurang menjadi dalam perlawanan terakhir itu," katanya.

Prestasi Dengan Gaya
Adidas Tennis Polo Shirt direka dengan fabrik ringan & bernafas untuk keselesaan maksimum setiap pergerakan.
Grab Cepat