Skuad angkat berat negara mengambil langkah untuk berkampung di Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Rompin, Pahang bagi kem persediaan akhir menuju temasya Sukan SEA bermula 9 Disember depan.
MSN Rompin memiliki sejarah dan tradisi tersendiri dalam melahirkan jaguh sukan angkat berat negara, dan atas kapasiti itu, ketua jurulatihnya, Edmund Yeo, lebih selesa melatih badang negara dalam suasana yang tenang.
Skuad negara yang diketuai olimpian, Aniq Kasdan, Aznil Bidin dan Hafizuddin Roslin antara yang dicanang mengetuai acara masing-masing dan membawa pulang kilauan pingat emas dari temasya dwitahunan itu.
Pertukaran kategori utama selaras dengan ketetapan Persekutuan Agkat Berat Antarabangsa menjadikan persaingan Sukan SEA edisi kali ini lebih terbuka.
Kem negara diramalkan menerima tentangan sengit dari atlet tuan rumah iaitu Thailand dan Indonesia, dengan nama-nama seperti Therrapong Silachai dan Eko Irawan menjadi halangan paling besar.
"Tujuan ke Rompin agar lebih fokus dan bertukar tempat latihan dan kami tidak mahu berada di satu tempat terlalu lama.
"Tempatnya lebih tenang dan kami mahu fokus untuk latihan dan rehat yang cukup.
"Tiga minggu terakhir kami akan fokus lebih lagi. Buat masa ini kami sasarkan pingat, lebih baik daripada yang lepas." ujar Edmund.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang