OLAHRAGA
Sukan SEA Thailand: Afrina Batrisyia ratu pecut dalam pembikinan
Pelari pecut muda negara, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, akur dengan perintah ketua jurulatih olahraga negara, Poad Kassim, untuk menumpukan fokus sepenuhnya dalam acara riben biru 100 meter berbanding acara kegemarannya, 200 meter.
Poad mahukan anak buahnya itu melepasi had kelayakan Sukan SEA Thailand dengan catatan bawah 12 saat sebelum kembali fokus akan kelangsungan kariernya dalam acara 200 meter.
Afrina merupakan prospek penerus legasi Zaidatul Husniah apabila cemerlang meraih pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou disamping kekal konsisten sebagai pelari muda terbaik negara.
Iklan
Misi dia seterusnya di Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak Super Series di Kuantan dengan menyasarkan rekod peribadi baru serta menambahbaik teknik larian mengikut ritma dan tempo seperti yang ditetapkan Poad.
Sebelum ini, dia pernah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Puteri Sukan KPM-MSSM di atas kejayaannya meraih pingat emas 4x100m di Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Singapura serta pingat emas riben biru Terbuka Negeri Sembilan.
"Target jurulatih saya adalah untuk memperbaharui dahulu catatan larian dalam acara 100 meter untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Thailand tahun depan.
"Dikatakan ketinggalan itu masih tidak lagi. Kerana Sukan SEA pada penghujung tahun depan jadi masih ada masa untuk saya tingkatkan prestasi larian saya.
"Saya perlu perbetulkan teknik dan larian saya. Perbanyakkan latihan dari aspek bebanan dan frekuensi. Dengan adanya Zaidatul, boleh meningkatkan prestasi saya lagi." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video