Selepas pulang hampa tanpa sebarang pingat dari Singapura dua tahun lalu, skuad tinju negara mula melakukan tranformasi dan memasang impian menamatkan kemarau emas selama lapan tahun, sekaligus menjadi penyumbang kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Permulaan yang kurang memberangsangkan buat skuad tinju negara apabila terpaksa bertukar jurulatih dalam waktu yang singkat.
Skuad negara sebelum itu cuba mendapatkan khidmat penggendali dari Cuba, Omar Puentes Malagon, kemudian Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) beralih kepada tenaga tempatan dengan melantik Azmi Md Yunus melatih peninju negara pada bulan Januari.
Ini bukan kali pertama Azmi melatih skuad kebangsaan, beliau pernah menjadi penyandang jawatan itu di antara 1994 dan 1998 dan turut menjadi tulang belakang kejayaan Sapok Biki meraih emas dalam Sukan Komanwel Kuala Lumpur.
"Kami akan membuat pemilihan enam peninju daripada sembilan atlet untuk beraksi dalam Sukan SEA kali ini," kata Azmi.
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan turut menggamit memorinya sebagai peninju apabila turut memenangi gangsa edisi 1989 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.
Mempertaruhkan enam peninju kali ini, Malaysia dilihat mempunyai potensi untuk mengakhiri kemarau pingat emas selama lapan tahun.
Kali terakhir Malaysia meraih emas ialah ketika Sukan SEA Vientiane, Laos menerusi Farkhan Haron (kategori welterweight) dan juga Fairus Azwan Abdullah (kategori lightweight).
"Ia bergantung kepada undian, saya berharap mendapat laluan yang lebih mudah di Kuala Lumpur nanti. Sasaran saya adalah beraksi dalam final dan pingat emas akan menjadi habuan yang terbaik," kata Mohd Fuad Redzuan.
"Saya mahu menebus kekecewaan untuk mara ke final kerana sebelum ini terpaksa berdepan lawan dari Thailand dan Filipina," kata Khir Akyazlan Azmi pula.
Selain peninju berpengalaman, skuad negara kali ini turut membariskan Adli Hafidz Mohd Pauzi yang turut mencuri tumpuan ketika memenangi emas dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Pesta Pulau Pinang, Januari lalu.
"Saya baru sahaja berlatih dengan jurulatih Azmi selama setahun enam bulan. Saya telah ditekankan untuk memperbaiki daripada segi kemahiran tumbukan dan kekuatan mental untuk menghadapi Sukan SEA," kata Adli Hafidz.
Tanggungjawab membutirkan kilauan emas adalah tugas yang sukar, justeru mereka sanggup berkampung di Timur Tengah bermula dari bulan Mei sehinggga Julai untuk menjalani latihan pusat, berpuasa di perantauan dan melepaskan impian menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga sebagai pengorbanan untuk negara.