Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tampak akan menjadi peluang terbaik buat skuad judo negara membuktikan sukan berkenaan masih lagi relevan di Malaysia.
Ia peluang terbaik selepas tiada sebarang kejayaan membanggakan dalam tempoh empat dekad lamanya.
Judo antara empat sukan tambahan yang tersenarai pada saat-saat akhir dalam temasya dari 19 hingga 30 Ogos depan itu. Namun, kehadiran sukan ini dipandang sepi susulan tiada pencapaian membanggakan sebelum ini.
Dalam edisi terakhir Sukan SEA di Singapura, dua tahun lalu, skuad judo negara sekadar berpuas hati dengan lima pingat gangsa.
Sementara itu, kali terakhir judo meraih emas dalam temasya dwi-tahunan ini adalah dalam edisi 1981 di Manila, Filipina, dengan satu emas.
Sejarah sudah membuktikan, prestasi kontinjen negara sentiasa dijamin hambar dalam sukan judo sepanjang beberapa temasya serantau itu pada masa lalu.
Justeru, KL2017 perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh atlet judo negara untuk mereka mengembalikan semula kepercayaan ramai terhadap sukan ini.
"Sukan SEA adalah salah satu batu loncatan pasukan judo di Malaysia untuk berkembang.
"Mungkin ia dapat membuka mata semua pihak bahawa pasukan judo Malaysia boleh meningkat dari sesmasa ke semasa," kata jurulatih judo negara, Marjan Abdullah.
Selain berpangkalan di Terengganu, skuad judo negara turut menghantar atletnya berguru di Jepun dan Mongolia.
Antara sandaran utama mereka dalam edisi kali ini ialah Mohd Farhan Uzair dan Chong Wei Fu.
Farhan, yang meraih gangsa dua tahun lalu, kini mengharapkan tuah di bumi sendiri untuk beraksi cemerlang dalam kategori 73 kilogram.
"Thailand dan Indonesia merupakan pencabar hebat. Setahu saya, atlet Thailand pernah layak ke Sukan Olimpik dan sebelum Sukan SEA, mereka turut menjalani latihan di luar negara.
"Indonesia pula berguru di Korea Selatan selama tujuh bulan.
"Oleh itu, saya perlu lebih berusaha keras lagi," katanya.
Turut mengharapkan mampu mengharumkan nama negara, Wei Fu yang akan menjadi taruhan dalam kategori 66kg.
"Saya bertuah berpeluang menjalani latihan di Mongolia.
"Saya akan memberikan aksi terbaik dan cuba menyumbang pingat emas untuk Malaysia.
"Untuk menang emas, saya perlu memperbaiki teknik, cengkaman dan ketangkasan," ujar atlet berusia 23 tahun itu.