Setelah sekian lama menanti selain sering berpindah tempat latihan, skuad hoki ais negara sudah boleh menarik nafas lega apabila venue rasmi untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Empire City, sudah boleh digunakan, bermula hari ini.
Ia satu kelegaan memandangkan sudah beberapa kali hasrat untuk mencuba gelanggang di Empire City, Damansara, ditunda ekoran masih belum disiapkan sepenuhnya, tambahan detik untuk menghadapi temasya sukan dwi-tahunan itu hanya kurang daripada 50 hari sebelum ia membuka tirai dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Sebelum ini, pasukan negara banyak berlatih di IOI City Mall dan juga di Sunway Piramid, namun gelanggang tersebut tidak sesuai untuk perlawanan melibatkan sukan hoki ais.
"Pemain perlu menyesuaikan diri, ia bukan perkara mudah untuk melakukannya dalam tempoh 50 hari.
"Tempoh itu tidak mencukupi.
"Kami bukannya merungut, kami berusaha seadanya dan kekal positif sambil memberi fokus kepada usaha kami.
"Saya harap kami dapat meraih keputusan yang bagus," ujar jurulatih negara, Kristoff Kovago.
Dengan perkhabaran gembira ini, ia bakal memberi kelebihan buat pemain negara untuk menyesuaikan diri lebih awal, sekaligus menguji ketahanan permukaan ais serta keadaan gelanggang.
Untuk itu, empat perlawanan persahabatan bersama skuad hoki ais Taiwan diaturkan bagi mengukur sejauh mana kemampuan barisan pemain negara.
"Kami sangat teruja untuk mencuba gelanggang baru ini.
"Sudah sekian lama kami menanti peluang ini.
"Justeru, saya berharap kami dapat menonjolkan komitmen lebih tinggi dalam sesi latihan," kata ketua pasukan negara, Yap Eu Jin.