Barisan pemain chinlone negara berdepan tugas yang semakin mencabar apabila terpaksa menguasai kesemua teknik untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur yang berbaki dua
hari sahaja lagi.
Memandangkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bertegas enggan mengumumkan senarai nama pemain yang akan bersaing dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, kesemua pemain tiada jalan
lain selain mempersiapkan diri dalam kesemua acara.
Sebanyak empat acara akan dipertandingkan untuk Sukan SEA kali ini dan barisan pemain negara perlu mempersiapkan diri menguasai semua enam teknik asas iaitu, sudu, sila, paha, tapak, tumit dan badik.
"Alhamdulillah, daripada segi teknik, kami dapat menguasainya semua. Cuma kami perlu menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan," kata pemain chinlone negara, Nazuha Nadzli.
"Bagi pemain senior, mereka mungkin sudah biasa tetapi saya berharap muka baru dapat memberikan yang terbaik."
Tumpuan utama skuad negara adalah dalam acara linking yang akan dipertandingkan Rabu ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ia dilihat mempunyai prospek menjadi penyumbang emas pertama memandangkan hanya tiga negara mengambil bahagian, iaitu Malaysia, Brunei dan Filipina.
"Acara ini terpulang kepada atlet itu sendiri sama ada dia boleh buat atau tidak. Bagi saya, kami tidak memiliki sebarang masalah untuk menghadapi saingan kali ini," kata pemain chinlone negara, Iskandar Zulkarnain Salim.