Selepas sekadar meraih gangsa dalam Sukan SEA Singapura 2015 menerusi acara regu, skuad sepak takraw wanita negara kini optimis peluang mampu berpihak kepada Malaysia untuk mengungguli acara itu dalam edisi kali ini di Kuala Lumpur.
Walaupun menyifatkan skuad negara berpeluang cerah meraih pingat emas kali ini, ketua jurulatih, Fikri Nor, tetap mahu barisan pemain mengikuti rapat perkembangan pencabar dari Myanmar dan Indonesia.
Enggan sekadar berpuas hati di tempat ketiga buat kali kedua dalam Sukan SEA, dia berharap pasukan mampu membuktikan sesuatu untuk sekurang-kurangnya mara ke final bagi merebut pingat emas.
Bukan sahaja acara regu, Fikri juga optimis untuk meraih pingat bagi acara baru yang dipertandingkan, iaitu quadrant.
"Sukan SEA di Singapura, kami meraih gangsa, jadi di Kuala Lumpur nanti sekurang-kurangnya kami perlu mendapat lebih daripada itu," katanya.
Kapten pasukan, Siti Norzubaidah Che Abdul Wahab, yang sebelum ini berdepan kecederaan ACL sejak Ogos tahun lalu, mahu kembali mendapatkan rentak permainan dengan segera, apatah lagi mereka akan ke Hatyai, Thailand, Julai depan bagi menjalani latihan intensif.
"Alhamdulillah persiapan kami berjalan lancar dan saya sebagai pemain senior yang ada juga semakin meningkat," jelas Norzubaidah.