Atlet muda dan berpengalaman menjadi taruhan skuad taekwondo negara untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos depan dengan impian menamatkan penantian lapan tahun untuk memburu pingat emas.
Selepas sekadar meraih tiga perak dan tiga gangsa dalam edisi dua tahun lalu di Singapura, skuad taekwondo negara berdepan sedikit tekanan untuk menebus kekecewaan merangkul emas.
Kali terakhir acara ini menyumbangkan emas adalah pada edisi 2009 di Vientiane menerusi Che Chew Chan.
Biarpun mempertaruhkan beberapa atlet muda bagi saingan kali ini, jurulatih taekwondo negara, Rusfredy Petrus, tetap menaruh keyakinan tinggi sasaran dua emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat dicapai.
Sasaran itu berdasarkan kepada dua emas yang diraih dalam Kejohanan Pra-Sukan SEA di Perlis, April lalu.
Harapan sudah pasti disandarkan kepada Rozaimi Rozali bagi acara featherweight lelaki bawah 68kg.
"Rozaimi adalah atlet harapan kita manakala kategori lain seperti pemain senior, P. Thinagaran Naidu, untuk memberi cabaran kepada atlet-atlet seperti dari Thailand, Filipina dan Vietnam," kata Rusfredy.
Antara persiapan skuad negara termasuk menjalani kem latihan selama satu setengah bulan di Korea Selatan selain menyertai tiga pertandingan, termasuk Kejohanan Dunia bulan ini.
Buat dua atlet muda negara, A. Navin dan Nurul Farah Alisa Roslan, cabaran mewakili Malaysia dalam Sukan SEA amat dinantikan meskipun menyedari tekanan lebih tinggi beraksi di hadapan penyokong sendiri.
"Ini temasya Sukan SEA sulung saya.
"Jadi, untuk saya menghadapi pencabar lain bukanlah senang kerana kesemua peserta negara lain sedang berlatih dengan baik dan bersemangat.
"Untuk itu, saya perlu berusaha lebih keras daripada mereka," kata Navin.
Nurul Farah turut menyuarakan sebab tersendiri untuk berasa teruja dengan berkata, "Saya merupakan peserta paling muda dalam skuad Sukan SEA kali ini.
"Tekanan itu timbul kerana ini adalah penyertaan sulung saya, malah beraksi di laman sendiri."
Bagaimanapun, kelebihan sedikit memihak Malaysia selaku tuan rumah kerana berdasarkan syarat pertandingan, setiap negara yang bertanding hanya boleh menghantar enam peserta, iaitu tiga lelaki dan tiga wanita bagi kategori kyorugi.
Namun, skuad negara dibenarkan menyenaraikan 11 peserta, iaitu lima lelaki serta enam wanita, dan pastinya ia memberi kelebihan bagi memburu pingat.
Pengurus skuad taekwondo negara, A. Jayarajan, mengakui Thailand, Vietnam dan Filipina kekal sebagai pilihan bagi perebutan pingat tetapi semangat tinggi atlet negara tidak boleh dipandang rendah.
"Kami mendapati peserta Thailand sudah mencapai standard yang begitu tinggi sementara Filipina dan Vietnam turut memberi saingan.
"Namun, berdasarkan latihan dan semangat yang ditunjukkan wakil negara, Malaysia mampu menghasilkan sesuatu," katanya.