Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen, mula berasa tekanan apabila lima acara di bawah kendalian badan induk itu akan menjadi penyumbang emas terbesar Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
ASUM akan menjadi lubuk emas buat negara apabila bakal turun dengan kontinjen terbesar negara dalam temasya dari 19 hingga 31 Ogos depan itu, dengan menampilkan seramai 93 atlet untuk mewakili lima jenis sukan, iaitu renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air.
"ASUM agak tertekan kerana dijangka menyumbang pingat emas yang besar tetapi itu semua bergantung kepada prestasi pada hari pertandingan," kata Mae.
Beberapa persatuan lain seperti Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Memanah Malaysia (NAAM) pula berpuas hati apabila cadangan mereka diterima oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), menjelang fasa ketiga Kita Juara.
"Kami telah membentangkan senarai 20 atlet lelaki dan 13 atlet wanita.
"Mereka telah diterima oleh MOM untuk diserapkan dalam fasa ketiga Program Kita Juara," ujar ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.
Skuad memanah pula berpuas hati untuk menetapkan sasaran empat emas menerusi satu emas daripada acara recurve dan tiga daripada acara compound.
Mesyuarat ini akan disambung sehingga esok apabila 18 persatuan lagi akan menghantar senarai nama atlet mereka untuk menggalas misi dalam Sukan SEA nanti.