Prestasi pemain bowling negara, Rafiq Ismail, semakin memuncak menjelang dua bulan lagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menjuarai Kejohanan Boling Terbuka Singapura, Ahad lepas, untuk kejayaan pertama dalam kariernya.
Dalam aksi final step-ladder, Rafiq berdepan atlet Korea Selatan, Ryu Ji Hoon, yang menyaksikan kedua-dua mereka bersaing sengit sehingga penghujung permainan.
Namun, ketenangan yang dipamerkan Rafiq serta kesilapan lawan membantu Rafiq untuk muncul juara buat kali pertama selepas menamatkan saingan di tempat ketiga sebanyak tiga kali sejak 2013.
"Perlawanan pada hari itu sangat sengit.
"Cuma, satu balingan membuatkan dia kecundang dan kegagalannya menghasilkan strike selepas itu membuatkan kedudukan saya semakin selesa," katanya.
Rafiq menjelaskan ibadah puasa tidak mengganggu prestasinya, malah memberi kekuatan tambahan untuknya mengekalkan fokus dalam setiap balingan.
Dia juga berasa gembira dengan prestasi yang dipamerkan di Singapura apabila mendahului carta kedudukan sejak hari pertama pertandingan.
Malah, Rafiq mengakui sudah lama dia tidak melalui prestasi sebegini dan ia satu petanda positif sebelum Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan.
"Salah satu motivasi saya adalah bulan Ramadan dan saya anggap ia satu cabaran."