Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Penarikan diri Sabah tidak jejas Malaysia sebagai tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberi jaminan temasya yang menyaksikan Malaysia jadi tuan rumah itu akan diadakan seperti yang dirancang biarpun tanpa penglibatan Negeri Di Bawah Bayu itu.

Sabah membuat keputusan menarik diri atas faktor kekangan kewangan setelah pada mulanya bersetuju untuk memperuntukkan RM100 juta untuk bertindak sebagai penganjur bersama.

Dua negeri lain iaitu Sarawak dengan peruntukan kira-kira RM350j dan Pulau Pinang sebanyak RM15j pula kekal komited meneruskan penganjuran. 






Kedua-dua negeri itu akan menganjurkan beberapa acara bersama Kuala Lumpur yang dijangka menelan kos kira-kira RM700j.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada 2017 yang menelan belanja sekitar RM608j.

"Kita sudah menerima maklumat daripada Sabah bahawa mereka tidak akan bersama untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 tetapi kita akan bergerak bersama Sarawak, Pualau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Cuma ada tiga negeri dan itu cukup, tidak akan tergendala walaupun tiada Sabah. Rancangan akan terus berjalan dan kita akan bermesyuarat secepat mungkin." kata yang ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Wanita dalam Sukan Kebangsaan 2024 di Subang Jaya, hari ini. 


 

Advertisement

Must Watch Video