'Kami berjaya', tangisan emas dua pesilat wanita negara menyentuh hati ramai selepas memenangi perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini.
Situasi yang membuatkan mata penonton berkaca adalah Nor Farah Mazlan yang menumpaskan lawannya dari Singapura, Nadhrah Sahrin dengan sebelah tangan ketika aksi akhir kategori tanding kelas A 45 hingga 50 kilogram.
Farah mengalami kecederaan patah tulang telapak tangan di aksi separuh akhir semalam namun kesakitannya tidak menyurutkan semangat Farah untuk memburu emas pertamanya selepas tewas pada edisi 2021 di Hanoi.
"Saya mengalami kecederaan yang serius ketika bertemu Thailand dalam separuh akhir. Namun selepas menerima nasihat daripada semua pihak, saya mengambil keputusan untuk meneruskan saingan ke final dan syukur berjaya meraih pingat emas," kata Farah.
Turut meraikan kejayaan Farah adalah Norsyakirah Muksin yang juga meraih emas bagi kategori tanding bawah 45 kilogram sekaligus menyaksikannya menamatkan penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu dengan kenangan manis.
Pada aksi akhir, Norsyakirah berjaya menewaskan Suci Wulandari dari Indonesia dengan keputusan 36-33 sekaligus meletakkan pemenang emas Sukan SEA 2019 itu di kedudukan kedua.