Pesilat ganda putri negara, Nur Syazreen Abdul Malik, enggan berputih mata untuk menjadi salah seorang penyumbang pingat emas daripada lapan emas yang disasarkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dalam Sukan SEA 2017.
Jika silat olahraga sering diberi perhatian dalam menyumbang pingat emas Sukan SEA, acara seni enggan ketinggalan dalam membantu merealisasikan sasaran oleh Pesaka.
Nur Syazreen yang merangkul emas dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar bagi acara ganda putri, konsisten menjalani latihan untuk memantapkan lagi aksi selain waspada bagi mengelak sebarang kecederaan.
Meskipun silat meraih tiga emas dalam Sukan SEA Singapura, Nur Syazreen menyifatkan sasaran Pesaka itu realistik kerana percaya dia dan atlet lain kini di landasan sebenar untuk memburu kejayaan bulan depan.
"Beraksi di Malaysia, saya berharap untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA nanti," kata Nur Syazreen.
Mohd Taqiyuddin Hamid pula menjadikan pingat emas yang diperolehnya dalam acara ganda putra bersama Rosli Mohd Syarif dalam Kejohanan Silat Asia Tenggara, Mac lalu, sebagai satu penyuntik semangat untuk meraih emas pertamanya dalam Sukan SEA.
"Indonesia merupakan saingan yang sengit buat saya ketika beraksi di Bali pada Mac lalu. Kami telah dibezakan dengan jurang mata yang sangat tipis dan berharap untuk melakukan yang lebih baik dalam Sukan SEA nanti," kata Taqiyuddin.