SUKAN SEA
Sukan SEA: Nik Akif harap skuad negara berjaya sambar emas
Bekas pemain tengah bawah 23 tahun negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat, berharap skuad bimbingan E. Elavarasan, dapat menebus dukanya menerusi pingat emas Sukan SEA di Kemboja.
Nik Akif yang merupakan anggota skuad Sukan SEA di Vietnam terpaksa menelan kepahitan di temasya vietnam tahun lalu susulan terkandas di peringkat separuh akhir.
Dibimbing Brad Maloney ketika itu, skuad muda negara tewas 0-1 kepada tuan rumah ketika mereka hampir mengheret lawan ke penentuan sepakan penalti.
Iklan
Misi balas dendam itu kini diletakkan di bahu barisan pemain Elavarasan diketuai pemain senior seperti Mukhairi Ajmal, Azam Azmi Murad, Ahmad Zikri Khalili dan Harith Haiqal yang turut beraksi di Vietnam.
Memenangi Piala Merlion di Singapura baru-baru ini, harapan seluruh rakyat Malaysia juga agar skuad negara mampu mengakhiri kemarau 12 tahun pingat emas di pentas Sukan SEA.
Must-Watch Video