Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Mun Yee sasar tiga emas di Kemboja

munyee.jpg
Lubuk emas kontinjen negara di Sukan SEA sejak 2005, sukan terjun masih mengekalkan standard tinggi biaprun dengan pendirian sama iaitu membawa penerjun muda untuk melaksanakan misi emas di edisi kali ini.

Berdasarkan status cemerlang pada temasya lalu,  Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyenaraikan kem terjun negara dalam kategori A dan penolong jurulatih skuad terjun negara, Leong Mun Yee menyeru atlet yang diberi mandat mampu untuk merealisasikan misi tiga pingat emas.

Skuad terjun turut membariskan Muhammad Syafiq Puteh sebagai penerjun berpengalaman dan selain terus menagih terjunan emas Bertrand Rhodict di Kemboja.

"Saya berasakan saingan Sukan SEA kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini dan meletakkan Syafiq sebagai ketua pasukan," kata Mun Yee.

"Kami akan menghantar skuad yang lebih muda dan menyasarkan tiga pingat emas di Kemboja nanti."

Advertisement

Must Watch Video