Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang, akan mengetuai misi penting skuad berbasikal negara untuk mendominasi 20 pingat emas yang ditawarkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekaligus menjadikan acara itu sebagai lubuk emas kontinjen negara.
Velodrom Nasional Malaysia akan menjadi saksi limpahan kilauan emas skuad berbasikal trek negara.
Sebanyak 13 emas menjadi rebutan di venue itu dengan Malaysia mengumumkan untuk membolot semua emas yang ditawarkan.
"Saya tidak sabar untuk beraksi dalam Sukan SEA. Ia velodrom tertutup pertama di Malaysia.
"Tidak ramai peminat melihat saya beraksi dan saya percaya velodrom ini adalah kesempatan untuk rakyat Malaysia turun padang untuk menyaksikan Azizul berlumba dan memecut.
"Saya tidak sabar untuk peluang dalam Sukan SEA," kata pelumba dari Terengganu itu.
Selain berbasikal trek, tiga emas akan ditawarkan dalam acara BMX di bersebelahan velodrom itu.
Ia misi mustahil bagi sesetengah atlet negara, namun dengan kehadiran Azizul selaku juara dunia acara keirin, Malaysia nampak terlalu hebat di pentas Asia Tenggara.
Lebih menarik, kilauan emas itu akan menjadi rebutan di velodrom bernilai RM80 juta itu yang baru siap dibina.
"Saya berharap pelumba senior dapat menyumbang 13 emas dalam Sukan SEA agar dapat membakar semangat pelumba-pelumba pelapis seperti saya. Malaysia Boleh!" ujar Muhammad Nor Aiman Rosli.
Sementara itu, Malaysia juga mampu meneruskan dominasi acara lebuh raya.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengekalkan sebahagian besar pelumba negara daripada temasya di Singapura, dua tahun lalu selepas Mohd Hariff Salleh meraih dua emas menerusi acara kriterium dan lepas beramai-ramai.
Laluan landai dipilih untuk memberi kelebihan kepada pakar pecut seperti Harrif dan Anuar Manan sambil dibantu pelumba domestik seperti Adiq Husainie Othman.
"Kami tidak mahu tertekan dan ingin menikmati perlumbaan. Dalam masa sama, kami menjalani persiapan rapi dan dalam pasukan TSG (Terengganu Cycling Team), kami juga disarankan untuk mempertahankan pingat emas," kata Adiq Husainie.
Berbekal reputasi sebagai gergasi berbasikal Asia Tenggara, Azizul dan rakan-rakan perlu mencapai sasaran emas atau ia akan menggugat misi Malaysia bergelar juara keseluruhan Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan.