Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, enggan 26 atlet yang dibawa ke Vietnam berasa terlalu selesa dan harus memberikan komitmen tinggi jika ingin kekal dalam senarai Sukan SEA 2017.
Seramai 26 pesilat negara berlepas ke Vietnam bagi menjalani latihan intensif di sana sebagai persiapan mempertaruhkan aksi dalam Sukan SEA, Ogos nanti
Bagaimanapun, Megat Zulkarnain menuntut komitmen tinggi daripada atlet kerana bila-bila masa sahaja senarai boleh berubah jika tidak mengambil serius sesi latihan di sana, apatah lagi mereka perlu mengorbankan sambutan Hari Raya Aidilfitiri kali ini.
Siti Shazwana Ajak dan Sazzlan Yuga merupakan dua atlet yang menjadi pengganti kepada dua pesilat yang sudahpun digugurkan.
"Kami akan melihat hasil selepas mereka menamatkan latihan di Vietnam. Saya menyarankan supaya atlet-atlet mampu bebas daripada kecederaan dan kami akan memantau sertai menilai prestasi mereka," katanya.
Megat Zulkarnain, yang ditemui dalam majlis berbuka puasa PESAKA turut menekankan faktor kecederaan tidak boleh dipandang ringan oleh barisan atlet negara, khususnya buat dua prospek negara yang menjadi perhatian, Mohd Al-Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Md Nasir.
"Al-Jufferi dan Siti Rahmah merupakan ikon negara dalam sukan ini. Mereka telah banyak meraih kejayaan di pentas antarabangsa dan beraksi di laman sendiri ternyata memberikan tekanan dan saya percaya mereka mampu memberikan yang terbaik buat Malaysia."