Hanya dua tahun yang diperlukan Muhammad Dharma Raj Abdullah untuk menjadikan skuad hoki dalam dewan indonesia sebagai kuasa baru di rantau Asia.
Biarpun sukan hoki di Indonesia tidak diberikan perhatian khusus seperti sukan bola sepak dan badminton -- namun sentuhan magis Dharma terus menjadi di bumi nusantara.
Prestasi skuad hoki dalam dewan Indonesia itu meningkat mendadak susulan kejayaan meraih emas sulung Sukan SEA di Kemboja.
Tiada niat untuk bermegah, sebaliknya Dharma memberi bayangan, Indonesia bakal pintas Malaysia selaku kuasa besar sukan hoki dalam dewan -- ianya berikutan sukan itu berada dalam program khusus pasca kejayaan di Sukan SEA Kemboja.
"Pingat emas yang dimenangi ini boleh menaikkan lagi perkembangan sukan hoki di Indonesia dan saya menjangkakan lebih banyak kualiti mampu dihadirkan dalam pasukan ini," katanya.
Ammar Hakim
Mon May 15 2023