Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong, masih lagi dalam proses pemantauan melibatkan pemain baru dan lama yang berada dalam skuad negara kali ini, selepas lima hari menjalani kem latihan pusat fasa dua sejak 22 Mac lalu.
Lima pemain baru dipanggil menyertai skuad kebangsaan bersama-sama 13 pemain yang dikekalkan ketika Kejohanan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Januari lalu.
Masih lagi dalam penilaian awal, namun Chun Yong melihat barisan pemain tiada masalah dalam mewujudkan keserasian antara mereka.
Latihan fasa kedua lebih tertumpu kepada aspek kemahiran dan taktikal baru hasil penilaiannya daripada aksi di Bangkok yang lalu.
Pastinya, kemampuan pemain akan diuji dalam aksi persahabatan berdepan Pahang, hari ini.
"Sekurang-kurangnya beri saya peluang untuk menguji beberapa pemain selepas berakhirnya Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017.
"Kemudian, saya akan mengumumkan 18 pemain sebelum Jun nanti.
"Ini kerana pada Jun, Julai dan Ogos, kami akan mengadakan sesi latihan penuh di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai persiapan terakhir kami," ujarnya.
Seperti yang dihajati Chun Yong di mana anak buahnya memerlukan pendedahan luar negara, skuad futsal kebangsaan berkemungkinan besar akan menjalani latihan di dua negara, iaitu Australia dan Jepun, bermula Jun depan.
"Kalau saya dapat membentuk pasukan pada Jun atau Julai, saya berkemungkinan akan membawa 16 pemain dalam kunjungan ke luar negara."