Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Legenda sukan negara meriahkan Larian Obor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukan-sea.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, mengesahkan legenda sukan negara bakal mewarnai acara kemuncak Larian Obor menjelang temasya Sukan SEA, Ogos ini. 

Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017, membuka lembaran baru dalam sejarah temasya dwi-tahunan itu apabila memperkenalkan Larian Baton -- Bangkit Bersama -- iaitu melibatkan larian sejauh 10 kilometer dan meliputi 10 ibu kota di rantau Asia Tenggara. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dijangka menghadiri lima daripada sembilan acara larian itu yang akan bermula di Brunei, Ahad ini, dan akan berakhir di Singapura pada 13 Mei.

Sementara itu, acara kemuncak Larian Obor akan berlangsung di Malaysia dari 14 Mei hingga 12 Ogos. 

"Kami akan memutuskan perkara ini nanti. Ini kerana kami akan menyerahkan acara Larian Obor ini kepada pihak negeri untuk diputuskan.  

"Setiap negeri mungkin akan memanggil atlet utama, bekas atlet serta orang kenamaan mereka. 

"Buat masa ini, kami akan menyelaras senarai aturcara," katanya.

Terdahulu, Zolkples menyempurnakan majlis memperkenalkan baton yang akan digunakan untuk larian itu. 

Diilhamkan daripada tema Bangkit Bersama KL 2017, Larian Baton itu antara usaha Malaysia menjadi tuan rumah terbaik dalam sejarah penganjuran Sukan SEA. 

Advertisement

Must Watch Video