Impian kuartet larian berhalangan lelaki negara mencipta sejarah meraih pingat emas tidak tercapai selepas tewas kepada Filipina dalam aksi final lari berganti-ganti berpasukan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, sebentar tadi.
Kuartet dibarisi Mohd Redha Rozlan, Ghalib Mohamad Azimi, Yoong Wei Theng dan Nuur Hafis Said Alwi terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan catatan masa 25.15 saat.
Filipina yang memintas Malaysia pada saat-saat akhir dalam saingan itu merakam masa 24.47s sementara Indonesia dan Laos berkongsi gangsa selepas masing-masing merekodkan kepantasan 31.27s dan 34.11s dalam satu lagi aksi.
Biarpun keputusan tidak memihak Malaysia, ketua pasukan, Redha Rozlan, menyatakan mereka telah memberikan yang terbaik selepas turut berkorban masa dan tenaga dalam usaha melakar sejarah merangkul emas.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, usaha yang telah kami lakukan mengetepikan waktu berpuasa bersama keluarga dan berlatih selama tiga minggu di Manila tiba awal seminggu ini.
"Bagi aksi hari ini, saya sangat gembira kerana pasukan telah memberikan segalanya, walaupun ada sedikit masalah, namun tidak mengapa, mungkin rezeki pada Sukan SEA lain, kami akan memperbaiki prestasi untuk mendapatkan pingatemas,” katanya.

Pingat Perak ketiga buat Kontinjen Malaysia!
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) May 7, 2023
Syabas!!! pasukan lelaki meraih pingat perak menerusi larian berhalangan berpasukan lelaki #DemiMalaysia#KontinjenMALAYSIA#MalaysiaRoar#SEAGames32#SEAGAMES2023#Cambodia2023 pic.twitter.com/QGqrxNtqxs