Skip to main content

Boling Padang

The Royal Patron's Cup bakal himpun atlet terbaik dunia di Terengganu

boling padang
Advertisement

Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) bakal menghimpunkan barisan pemain elit negara dan antarabangsa menerusi kejohanan Malaysian Open – The Royal Patron’s Cup 2026 dari 25 hingga 31 Oktober ini di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Kejohanan berprestij itu membawa keistimewaan tersendiri apabila menghimpunkan pemain daripada Malaysia, Australia, Brunei, Hong Kong China, India, New Zealand, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Singapura dan Kenya, sekali gus menjadikan Terengganu pentas pertembungan bakat serta pengalaman pemain lawn bowls dari pelbagai negara.

Advertisement

Lebih menarik, kejohanan itu akan turut menampilkan atlet yang telah mencipta nama di pentas dunia, termasuk Emma Firyana Saroji, pemain wanita nombor satu dunia, yang turut muncul juara acara perseorangan wanita dalam Piala Dunia Lawn Bowls 2025 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Turut menjadi tumpuan ialah Izzat Shameer Dzulkeple, yang mencipta sejarah apabila memenangi pingat perak pertama dalam acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama meraih pingat dalam acara tersebut sepanjang sejarah penyertaan negara di temasya berkenaan.

Advertisement

Malaysian Open – The Royal Patron’s Cup 2026 turut akan menampilkan barisan pemain berprofil tinggi yang mempunyai rekod pencapaian di pentas dunia, termasuk Dinesh Kumar dari India, yang muncul sebagai naib juara perseorangan lelaki Piala Dunia Lawn Bowls 2025.

Turut bakal mencuri perhatian ialah Cheryl Chan dan Helen Cheung, yang merupakan juara dunia pairs wanita 2025, juga pemenang pingat emas Kejohanan Lawn Bowls Asia 2026, pasti akan memberikan saingan yang sengit selain kehadiran Leeane Poulson, yang merupakan pemenang pingat emas acara pairs wanita (sets format) di Lion City Cup 2026 Jun lalu.

Bagi memastikan pengagihan pemain pilihan dilaksanakan secara teratur dan seimbang, acara perseorangan menggunakan kaedah Serpentine Seeding atau Snake Seeding, iaitu sistem yang mengagihkan pemain pilihan ke dalam kumpulan berdasarkan kedudukan mereka dalam ranking dunia World Bowls Series.

Bagi acara Men’s Singles, seramai 96 pemain akan dibahagikan kepada 24 kumpulan dengan empat pemain bagi setiap kumpulan, membabitkan pemain tumpuan seperti Izzat Shameer, Putul Sonowal, Muhammad Idham Amin, Mohammad Soufi Rusli, Dinesh Kumar dan Muhammad Naufal.

Sementara itu, acara Women’s Singles melibatkan 64 pemain yang dibahagikan kepada 16 kumpulan, masing-masing dengan empat pemain, menampilkan nama-nama utama seperti Emma Firyana, Nurul Alyani Jamil, Cheryl Chan, Helen Cheung dan Aleena Ahmad Nawawi.

Acara Para Open Pairs turut menjadi antara tarikan kejohanan kali ini dengan penyertaan atlet para dari Malaysia dan Hong Kong bagi memberi ruang kepada atlet para untuk memperlihatkan keupayaan, kemahiran dan semangat kesukanan di pentas pertandingan antarabangsa.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video