Sasaran tiga pingat emas yang diletakkan kepada skuad kriket lelaki dan wanita negara adalah realistik selepas mengharungi latihan dan kejohanan luar negara yang memberi banyak pendedahan kepada pemain menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Tiga emas yang disasarkan adalah menerusi kriket lelaki bagi dua kategori, iaitu 50 overs dan T20, manakala untuk wanita adalah menerusi kategori T20.
Walaupun acara kriket wanita baru sahaja dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan SEA, mereka tidak hanya mahu menjadikan temasya itu sekadar untuk meraih pengalaman.
Barisan pemain optimis mampu menghadiahkan pingat emas buat negara, sekaligus menjadi batu loncatan untuk mereka terus menggapai pencapaian tertinggi memandangkan sebelum ini, mereka berpuas hati di tempat kesembilan dalam Sukan Asia Incheon 2014.
Barisan pemain negara baru sahaja pulang dari Sri Lanka selepas menjalani latihan intensif, bermula 11 Jun lalu.
Sebagai persiapan akhir, skuad kendalian Thushara Kodikara itu bakal berdepan kejohanan pra-Sukan SEA yang akan berlangsung dari 22 hingga 30 Julai depan di mana Thailand, Sri Lanka dan Tanzania turut bersaing.
"Peluang terbentang luas buat kami yang akan beraksi di laman sendiri.
"Sukan SEA akan menarik minat lebih ramai wanita untuk menceburi sukan kriket.
"Saya harap selepas Sukan SEA ini, lebih ramai peminat akan memberi perhatian kepada kami berbanding sebelum ini.
"Berdasarkan pengamatan saya setelah menceburi bidang ini sejak sekian lama, saya lihat banyak perubahan telah berlaku dalam tempoh setahun kebelakangan ini.
"Kami akan memberi aksi terbaik dalam Sukan SEA nanti bagi pemburuan emas," kata ketua pasukan kriket wanita, Winnie Anne Duraisingam.
Bagi kriket lelaki pula, pengalaman dalam Kejohanan Liga Kriket Dunia 2017 di Uganda bulan lalu menjadi pengalaman berguna untuk mereka memperbaiki kelemahan ketara.
Ini kerana anak buah Bilal Asad itu menamatkan cabaran di tangga tercorot dalam saingan divisyen ketiga apabila hanya menang satu daripada lima perlawanan sepanjang kunjungan di sana.
Bagaimanapun, kekalahan itu dijadikan iktibar untuk barisan pemain kembali memperbaiki kesilapan, apatah lagi selepas tewas di tangan seteru utama mereka dalam Sukan SEA, iaitu Singapura.
"Peluang adalah 50-50 apabila kami bertemu Singapura.
"Tetapi, dalam persiapan Sukan SEA ini, ada baiknya kami kalah dalam Liga Kriket Dunia 2017 supaya kami tidak mengambil mudah untuk menempuhi aksi dengan Singapura.
"Kami sedang menjalani persiapan rapi untuk berdepan Singapura nanti," ujar ketua pasukan kriket lelaki, Ahmad Faiz Mohammad Noor.