Legenda pecut negara meminta Khairul Hafiz Jantan bertenang dan menerima kegagalan dalam aksi final 100 meter Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bhubaneswar, India, semalam.
Malaysia gagal dalam rayuan untuk mengadakan perlumbaan semula walaupun Khairul dilihat tidak melakukan 'false start'.
Ia berikutan imej statistik blok permulaan mendapati pelari lain yang melakukan kesalahan itu.
Khairul Hafiz dianggap berada di landasan tepat untuk menamatkan kemarau 14 tahun pingat emas Sukan SEA pada bulan depan.
Pelari kelahiran Melaka berkenaan harus memandang ke depan kerana dia harapan terbaik untuk menamatkan penantian negara selepas Nazmizan Mohamad muncul pelari terakhir Malaysia menjuarai acara riben biru itu dalam Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.
"Khairul tidak bernasib baik di mana semua atlet di dunia akan mengalami nasib sama, cuma di tempat dan waktu yang berlainan," kata Nazmizan.
Sementara itu, seorang lagi bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, berkata: "Khairul perlu menerima hakikat ini kerana penting untuk dia belajar daripada kesilapan, apatah lagi selepas terlibat dalam banyak kejohanan antarabangsa."
Apa yang menarik, Khairul mencatat masa terpantas dalam kalangan pelari Asia Tenggara musim ini selepas mencatat 10.24 saat dalam aksi separuh akhir kejohanan di India itu.
Ia petanda pemegang rekod kebangsaan itu mampu menumbangkan juara bertahan Sukan SEA, Eric Cray dari Filipina.
"Catatan dia dalam separuh akhir 10.24s merupakan petanda terbaik dia mampu merampas pingat emas dalam Sukan SEA nanti," kata ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.
Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku di India, catatan 10.24s itu cukup baik untuk menghadapi Sukan SEA dan memperlihatkan peningkatan positif berbanding dalam Terbuka Thailand bulan lalu.
Khairul Hafiz Jantan
Umur : 19 tahun
Asal : Bukit Katil, Melaka
Catatan 2017:
• Kejohanan Trek & Padang Asia (ATF) (Julai) - 10.24s
• Terbuka Thailand (Jun) - 10.31s
• Terbuka Singapura (April) - 10.86s
• Kejohanan Speed Series 2, Afrika Selatan (Mac) - 10.39s