Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Ketiadaan peserta Thailand bukan jaminan pingat emas -- Rozaimi

160517rozaimi.jpg
Rozaimi Rozali enggan memikirkan pingat emas Sukan SEA 2017 berada di dalam genggaman walaupun sudah mengetahui Thailand tidak akan menghantar peserta dalam acara featherweight.

Thailand sentiasa diketahui antara pencabar terkuat dalam sukan taekwondo di rantau ini selain Vietnam dan Filipina.

Masih sabar menanti status pencabarnya yang lain bagi kategori bawah 68 kilogram, buat masa ini hanya beberapa negara lain seperti Myanmar, Laos dan Brunei sudah mengesahkan penyertaan mereka.

Namun, Rozaimi belum memikirkan prospek emas kerana baginya setiap peserta mempunyai peluang seimbang dalam Sukan SEA.

"Jika tiada apa-apa halangan, saya mampu melayakkan diri ke final dan meraih pingat emas. Antara pesaing saya adalah negara Vietnam dan Filipina. Ini merupakan kali pertama saya bersaing dalam kategori featherweight," katanya.

Seorang lagi atlet negara, P. Thinagaran, bakal beralih kategori dengan memilih acara lightweight, iaitu 74 kilogram ke bawah.

Dia membuat keputusan tersebut kerana mahu memberi laluan kepada Rozaimi bertanding dalam kategori asalnya, iaitu featherweight.

Di Singapura 2015, Thinagaran meraih pingat gangsa dalam kategori tersebut selepas tewas di peringkat separuh akhir.

"Saya dan Rozaimi bertanding di dalam kategori yang sama (featherweight). Setelah perbincangan dilakukan, saya mengambil keputusan untuk bertanding dalam kategori yang berbeza," ujar Thinagaran.

Advertisement

Must Watch Video