Atlet wusyu negara, Wong Weng Son, mula rasa tawar hati selepas meraih pingat perak Sukan SEA buat kali kelima di Kemboja, sebentar tadi.
Weng Son yang pernah menjuarai Kejohanan Dunia 2017 dalam acara jianshu itu kecewa masih tidak berpeluang untuk mengucup medal emas sejak penampilan sulungnya dalam Sukan SEA 2013.
Bakal memasuki usia 31 tahun September depan, Weng Son perlu fikir adakah perlu meneruskan pemburuan kilauan emas pertama dalam temasya akan datang.
Di pentas akhir qiangshu dan jianshu, Weng Son mengutip 9.3330 mata untuk menduduki tangga kedua di belakang juara dari atlet Indonesia, Muhammad Daffa Golden Deboy, dengan 9.6760 mata sementara Sandrex Navida Gainsan dari Filipina melengkapkan podium yang mencatat 9.4730 mata.
"Jianshu dan qiangshu adalah acara kategori kegemaran saya.
"Memang ada harapan untuk dapatkan emas, maafkan saya atas kesilapan sendiri.
"Dalam perjuangan Sukan SEA yang kelima buat saya ini, saya ingin mendapatkan emas malangnya tidak dapat," katanya selepas acara itu.