Pelari negara, Abdul Wafiy Roslan, bangga acara 400m kini kembali mencuri tumpuan dengan menganggap Umar Osman sebagai pencetus kepada fenomena baru negara.
Selepas Zaiful Zainal Abidin, tiada pelapis yang menyambung legasi yang ditinggalkan pelari kelahiran Terengganu itu sebelum kemunculan Umar yang memecahkan rekod 22 tahun yang dipegang Zaiful sendiri.
Bagi Wafiy. peluang perlu terus diberikan untuk acara ini lebih menyerlah agar lebih ramai ‘Umar Osman’ mampu di gilap.
"Selepas ini persatuan dan barisan jurulatih bolehlah membentuk kuartet ini.
"Saya ada ketika Umar memecahkan rekod tetapi saya mengakhiri larian di tempat ketujuh.
"Jadi ini peluang saya untuk (mengutip medal), " katanya.
Di pentas akhir 4x400m di Stadium Nasional Morodok Techo, kuartet lelaki kebangsaan membawa pulang pingat gangsa yang juga pingat pertama buat negara dalam acara itu.
Shaiful Shamsudin
Sat May 13 2023