Hasrat skuad negara untuk menambah bilangan pingat emas dalam acara triples bercampuran saingan Sukan SEA Kemboja tidak kesampaian apabila tewas kepada Thailand dalam aksi final.
Aksi final menyaksikan skuad negara melakukan beberapa kesilapan mudah sekaligus thailand mendahului perlawanan sehingga 11-0.
Walaupun Malaysia cuba kembali bangkit dengan meraih sebanyak enam mata, ia sudahpun terlambat apabila Thailand berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan 13-6.
Atlet petanque negara, Sharifah Afiqah, berkongsi bahawa kesilapan-kesilapan mudah itu berlaku akibat daripada lambat mencari rentak permainan.
Namun pingat perak tersebut tetap berharga bagi skuad negara apabila Nur Thahira Tasnim ingin mendedikasikan pencapaian tersebut kepada arwah bapanya.
"Bagi saya, kali terakhir beraksi di Sukan SEA 2017 dan pingat perak ini cukup bermakna untuk diri saya," katanya.