Skuad pelayaran negara cemerlang menepati sasaran dua pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 di Sihanoukville, Phnom Penh hari ini.
Muhammad Hafizin Mansor memulakan kempen cemerlang skuad negara itu dengan mengungguli acara winsurfing RS:X lelaki dengan menamatkan perlumbaan dengan mata terendah, 15 mata.
Pingat perak menjadi milik wakil Singapura, Jayson Jian Sen Tan (16 mata) manakala pelayar tuan rumah, Kemboja, iaitu Sem Brospov, memenangi gangsa (35 mata).
Izry Hafiezy Fitry Azri meneruskan kecemerlangan itu dengan memenangi pigat emas dalam acara windsurfing RS:One lelaki, di mana dia dinobatkan sebagai juara dengan 25 mata.
Keo Phearun, yang mewakili kontinjen tuan rumah, memenangi perak acara itu dengan 27 mata sambil pelayar Filipina, Dhenver John Centino Castillo, memperoleh gangsa dengan 34 mata.