Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Kemboja: Skuad chinlone yakin ada peluang menang emas linking

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chinlone-sea-games.jpg
Skuad chinlone negara percaya masih ada peluang buat mereka untuk mempertahankan pingat emas acara linking yang dimenangi pada 2017 dalam Sukan SEA Kemboja, Isnin ini.

Skuad negara terlepas pingat gangsa acara non-repitition primary hari ini selepas mengumpulkan 274 mata dan ketinggalan 24 mata berbanding Laos di tempat ketiga.

Tuan rumah, Kemboja, memperoleh pingat emas dengan 340 mata sambil Thailand memenangi perak dengan 310 mata.

Ketua jurulatih skuad negara, Zulkarnain Arif, tetap berpuas hati dengan peningkatan positif pasukannya dan yakin mereka masih berpeluang untuk memenangi emas acara linking.

"Saya berpuas hati kerana dengan latihan yang begitu singkat, dengan mata latihan sekitar 130 ke 140 dalam latihan, hari ini kami dapat mencapai 141 mata (dalam set kedua)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syen Yeoh.

"Walaupun persiapan singkat, mereka dapat segera meningkatkan prestasi dari hari ke hari dan saya berharap mereka dapat melakukan yang lebih baik dalam saingan esok dan lusa ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video