‘Kejayaan ini untuk ibu’, tampak bersahaja pemenang pingat gangsa, Nur Syazwani Radzi, bagi kategori bawah 64 kilogram wanita, menghadiahkan pingat pertama Sukan SEA untuk ibunya, Sharifah Kushi Mohamed.
Selain daripada merealisasikan hasrat ibunya, Syazwani terpanggil untuk bertanggungjawab di atas sasaran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang terlepas pingat menerusi Ery Hidayat semalam.
"Selepas Ery tidak menepati sasaran, saya memikul tanggungjawab untuk memastikan berjaya membawa pulang pingat untuk negara," kata Nur Syazwani.
"Kejayaan ini adalah untuk ibu, ia merupakan permintaan ibu walaupun sekadar pingat gangsa. Saya meletakkan sasaran untuk memperbaiki persembahan ini dalam Sukan SEA akan datang."
Menerusi angkatan keseluruhan 184 mata, Syazwani cemerlang memastikan kutipan mata bagi snatch serta clean and jerk dipegang olehnya ketika ini.