Atlet catur kategori ouk chaktrang negara, Nur Faiqah Aminuddin, sedia meraih pingat dalam Sukan SEA Kemboja walaupun baru sahaja mula mempelajarinya bulan lalu.
Nur Faiqah berkongsi bahawa tiada perbezaan besar di antara catur biasa dan ouk chaktrang, secara tidak langsung mudah dapat menyesuaikan diri dengan peraturan-peraturan ouk chaktrang dan sudah 70 peratus bersedia menghadapi cabaran di Kemboja.
"Saya yakin kami boleh sebab kami sudah bermain catur dari kecil lagi.
"Semangat Hari Raya akan dicurahkan dalam catur jadi kami akan menang," katanya.
Tambah pengurus pasukan ouk chaktrang negara, Muhammad Firdaus Ismail: "Berdasarkan analisis jadi kami menyasarkan dua gangsa dan tiada mustahil untuk memenanginya.
"Kami pastilah mahukan lebih banyak pendedahan lagi kerana berpeluang menempuhi banyak pertandingan untuk acara ini.
"Antaranya Sukan Asia Dalam Dewan (AIMAG) di Bangkok.
"Jadi satu kerugian kalau kami tidak menyertainya."