Sasaran dua pingat gangsa yang diletakkan menerusi pasukan bola keranjang lelaki dan wanita Sukan SEA Kemboja dilihat realistik.
Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Datuk Seri Lee Tian Hock, yang ditemui dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang berkata sasaran tersebut dibuat setelah melihat kepada perbezaan daripada segi fizikal berbanding pasukan negara lain.
"Pasukan Vietnam, Kemboja, Filipina, Thailand dan Indonesia mempunyai pemain naturalisasi yang berketinggian enam kaki ke atas.
"Jadi pastinya kami lebih lemah berbanding mereka," katanya.
Bagaimanapun, ketua jurulatih pasukan lelaki, Yong Kian Ann, bersetuju dan mengakui kekurangan daripada segi rombakan pemain bagi dua kategori juga menjadi satu kekangan.
"Kalau berdasarkan majoriti ketinggian, memang tidak cukup untuk menyaingi mereka dan kami pula cuma ada dua tonggak yang tinggi.
"Kami menjalani persiapan selama sebulan dan mengharungi satu kejohanan di Kuala Lumpur.
"Saya rasa ia tidak mencukupi tetapi selepas dua minggu lebih berlatih, say nampak OK dan kena tunggu sampai sana baru tahu kesudahannya," katanya.
Ketua jurulatih pasukan wanita, Tracy York, pula yakin anak buahnya dapat membawa pulang satu pingat dan memenuhi sasaran yang ditetapkan.
"Kami sedar pencabar lain menyenaraikan pemain naturalisasi dan kami perlu berikan saingan hebat.
"Kami memiliki peluang dalam kedua-dua kategori dan kalau mereka mampu mengimbangi saingan tiga lawan tiga dan lima lawan lima, maka saya rasa peluang itu akan hadir," katanya.