Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Beregu ping pong lelaki terlepas emas bersejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wong-qi-shen-choong-javen.jpg
Harapan gandingan ping pong lelaki negara, Wong Qi Shen-Choong Javen, untuk mencipta sejarah dengan membutirkan pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA Kemboja tidak kesampaian. 

Qi Shen-Javen yang berhasrat mengakhiri kemarau 30 tahun menerusi kemaraan ke pentas akhir mengakui terbawa-bawa dengan rentak permainan pihak lawan sebelum terpaksa berpuas hati untuk merangkul perak. 

Beregu Singapura, Koen Pang-Izaac Quek, lebih menyerlah untuk merealisasikan status mereka sebagai pilihan dengan kemenangan 11-3, 8-11, 11-8, 11-3.

Bagaimanapun, pencapaian ini menyaksikan gandingan negara mengulangi pencapaian 1993 yang menyaksikan Malaysia turut meraih kilauan sama menerusi Yong Hong Cheh-Khor Kok Seong.

"Tahap permainan kami untuk final ini tidak cukup baik. 

"Walaupun mampu beri saingan, ia belum cukup bagus.

"Mungkin pengalaman juga membantu pihak lawan," kata Qi Shen. 



Tambah Javen: "Kami tidak dapat beraksi dengan bagus dalam final. 

"Mungkin kerana terlalu inginkan kemenangan, kami gagal menemui permainan terbaik kami. 

"Lagipun persiapan mereka untuk menghadapi final begitu rapi. 

"Kami di bawah kawalan mereka dalam perlawanan ini." 
 

Advertisement

Must Watch Video