Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Atlet disaran isytihar status penyakit asma

datuk-mohd-nasir-ali-cdm.jpg
Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali, menggesa semua pengurus acara sukan agar mengisytiharkan status kesihatan setiap atlet terutama yang menghidapi asma.

Berikutan cuaca paling panas dijangka melanda Kemboja pada Mei depan dengan dianggarkan suhu setinggi 42 darjah celsius, ia boleh mendorong persekitaran berdebu secara berlebihan yang berpotensi mencetuskan serangan asma. 

"ISN (Institut Sukan Negara) akan membawa 34 pegawai termasuk doktor. 

"Daripada segi persiapan, atlet harus buat pemeriksaan perubatan dan memberitahu sama ada mempunyai asma.

"Daripada alatan perubatan asas seperti asma mereka akan bawa.

"Mereka juga akan membawanya bukan sahaja di Phnom Penh, tetapi juga di Siem Reap, Sihanoukville.

"Kami juga meminta ISN menambah bilangan doktor," katanya hari ini di ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di ibu negara. 

Langkah itu bertujuan mengelak isu doping daripada berulang, contohnya dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang menyaksikan atlet angkat berat terpalit dengan kes berkenaan yang berpunca penggunaan ubat asma tanpa mengetahui ia mengandungi bahan terlarang. 





 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video