Penembak negara, Johnathan Wong, mahu menjadikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) 2017 sebagai medan mengukur kemampuannya untuk Sukan SEA Kuala Lumpur tatkala Nur Ayuni Farhana Abdul Halim mengakui persiapannya untuk menghadapi SEASA kini berjalan lancar.
Kejohanan SEASA tahun ini ibarat pra-Sukan SEA Kuala Lumpur bagi acara menembak.
Menghimpunkan penembak-penembak handalan Asia Tenggara, Kejohanan SEASA jelas menjadi persiapan penting buat atlet menembak negara.
Begitupun, Johnathan, yang akan beraksi dalam acara 50 meter air pistol, enggan meletakkan dirinya dalam tekanan apabila menegaskan tiada sasaran khusus ditetapkannya
untuk kejohanan itu.
"Ini merupakan persiapan terakhir sebelum Sukan SEA dan membuat penilaian ketika berdepan atlet-atlet yang bakal beraksi di Kuala Lumpur, Ogos nanti," kata Johnathan.
Atlet berusia 25 tahun yang beraksi dalam Sukan Olimpik Rio 2016 itu sekadar meraih pingat perak dalam kejohanan terakhirnya, Kejohanan Menembak Trofi Ally Ong, bulan lalu.
Sementara itu, Ayuni bertekad melakukan bidikan cemerlang dalam Kejohanan SEASA selepas tidak dapat beraksi dalam Kejohanan Trofi Ally Ong.
Ini susulan dia bersama dua penembak lain, Muslifah Zulkifli dan Nur Suryani Taibi, berdepan dengan masalah pelepasan senjata ketika itu.
"Saya menjalani latihan seperti biasa setiap hari tetapi saya memberikan tumpuan kepada acara 10 meter air rifle. Saya memiliki tahap keyakinan yang tinggi dalam acara tersebut," kata Nur Ayuni.