Skip to main content

Bola Sepak

Iran adakan Majlis Pelepasan Skuad Piala Dunia 2026

Iran adakan Majlis Pelepasan Skuad Piala Dunia 2026

Iran mengadakan majlis pelepasan rasmi buat skuad kebangsaan mereka menjelang kempen Piala Dunia FIFA 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Utara.

Majlis tersebut diadakan sebagai simbol sokongan dan penghargaan kepada pasukan kebangsaan Iran yang bakal membuat penampilan keempat berturut-turut di pentas Piala Dunia.

Advertisement

Acara berkenaan turut disertai pegawai tertinggi bola sepak negara itu, pemain, barisan kejurulatihan serta penyokong yang hadir memberikan semangat kepada skuad kendalian Amir Ghalenoei.

Dalam masa sama, Presiden FIFA, Gianni Infantino, turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Iran menjelang kempen mereka di kejohanan terbesar dunia itu.

Infantino menegaskan bahawa bola sepak mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat dunia walaupun berdepan cabaran geopolitik yang sedang melanda rantau Asia Barat ketika ini.

Sebelum ini, Iran turut menjadi perhatian apabila dilaporkan mengemukakan beberapa syarat keselamatan kepada FIFA termasuk soal logistik, penginapan dan urusan visa menjelang kejohanan di Amerika Syarikat.

FIFA bagaimanapun memberi jaminan bahawa aspek keselamatan semua pasukan bertanding akan berada pada tahap tertinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Iran dijadual membuka kempen Kumpulan G menentang New Zealand sebelum turut berdepan Belgium dan Mesir dalam saingan peringkat kumpulan.-Awani

Topik Berkaitan

Must Watch Video